Lelaki ditahan halang tugas polis

Iklan
Ramli

KUALA SELANGOR - Seorang lelaki ditahan kerana membuat provokasi dan bertindak menghalang polis menjalankan tugas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bestari Jaya, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan selepas dia melakukan provokasi ketika polis menasihatinya beredar di kawasan terbabit.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lelak tersebut didapati berada dalam kereta sambil berbual menggunakan telefon bimbit dan merokok.

"Pihak polis memberi penjelasan kepada lelaki tersebut mengenai perintah (PKP) ini dan memintanya beredar tetapi tidak diendahkan dan cuba melakukan provokasi.

Iklan

"Semasa pemeriksaan ingin dijalankan, lelaki tersebut enggan mengemukakan kad pengenalan dan tidak memberi kerjasama serta menolak anggota polis bertugas," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurut Ramli, lelaki tersebut kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor untuk siasatan serta tindakan selanjutnya.

Iklan

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan (KK)," katanya.