Pakar psikologi sukan Liverpool, Lee Richardson memberikan khidmat nasihat kepada kesebelasan pemain The Reds dalam usaha meredakan sedikit keresahan mereka berhubung gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Richardson turut menawarkan kesebelasan anak didik Jurgen Klopp itu kaedah pernafasan yang betul bagi meredakan keresahan berkenaan.
Richardson berkata, perkara yang berlaku pada ketika ini adalah sesuatu diluar kawalan mereka (pemain), dan sewajarnya mereka memberikan tumpuan untuk meminimumkan jangkitan bagi wabak koronavirus (Covid-19).
"Sebelum penularan wabak koronavirus (Covid-19) ini yang sekali gus membuatkan saingan liga bola sepak di seluruh dunia termasuk EPL ditangguhkan, Liverpool gah berada di puncak dengan perbezaan 25 mata meninggalkan pencabar terdekat Manchester City.
"Skuad The Reds itu dilihat bakal menjulang trofi EPL dan menamatkan penantian salaam 30 tahun; namun keghairahan menjulang trofi berkenaan terhenti dengan penularan wabak koronavirus (Covid-19), ini.
"Setakat ini, apa yang boleh kita kawal adalah sikap/kelakuan kita terutamanya bagi meminimumkan jumlah jangkitan wabak ini; bak kata pengurus, bola sepak bukanlah perkara paling penting, keselamatan dan kesihatan kita semua adalah jauh lebih utama,” katanya.
Sementara itu Richardson mencadangkan kepada pemain Liverpool untuk bernafas menggunakan perut sekiranya berasa terlalu tertekan (stress) ketika ini.
Selain itu pemain juga dinasihati untuk tidak terlalu menumpukan kepada berita-berita di akhbar mahu pun di media-media sosial khususnya yang berkaitan dengan mereka.
"Pemain pada ketika ini sepatutnya menggunakan peluang yang ada untuk meluangkan masa bersama keluarga.
"Selain itu,, mereka juga boleh menambaik rutin harian mereka bagi mengelakkan rasa bosan,” katanya.