Peruntukan RM130 juta untuk bantu kerajaan negeri tangani Covid-19

Iklan
Muhyiddin semasa sidang media khas selepas mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Tindakan Ekonomi di Bangunan Perdana Putra hari ini.
 -Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan peruntukan berjumlah RM130 juta kepada negeri-negeri untuk membantu kerajaan negeri menangani krisis koronavirus (Covid-19), kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, peruntukan itu boleh digunakan untuk memberi bantuan kepada penjaja dan peniaga kecil, bantuan kepada pesakit Covid-19 dan ahli keluarga mereka serta menyediakan keperluan kepada petugas-petugas di peringkat kerajaan negeri yang terlibat dalam menangani krisis ini.

Iklan
Iklan

"Peruntukan sama rata akan diberi kepada setiap negeri tanpa mengira parti mana yang membentuk kerajaan negeri berkenaan. Krisis yang sedang kita hadapi ini memberi kesan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan politik,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Ekonomi di sini semalam.

Jelas Muhyiddin, semua pihak tanpa mengira fahaman politik mestilah bersama-sama berganding bahu dan bersatu-padu untuk menangani krisis yang sedang dihadapi ini.

Iklan

"Menjaga keselamatan rakyat, kesihatan rakyat dan nyawa rakyat adalah tanggungjawab bersama yang melangkaui batas politik,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Tindakan Ekonomi yang antara lain mendapatkan penerangan terperinci mengenai situasi terkini kewangan negara.

Iklan

Ini termasuk penurunan mendadak harga minyak mentah dunia dan penularan wabak Covid-19 yang memberi kesan ke atas pertumbuhan ekonomi dan kedudukan semasa kewangan negara. - Bernama