PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju untuk menurunkan harga topeng muka pada satu harga baharu yang akan ditetapkan dalam masa terdekat.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan berbincang dengan pihak industri dengan segera bagi tujuan itu.