APMM perketat rondaan, kawal pintu masuk perairan

Iklan
Anggota APMM memastikan aspek keselamatan dan langkah pencegahan kalangan warganya diberi keutamaan ketika menjalankan tugas di perairan negara.

LANGKAWI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kedah dan Perlis memperketatkan rondaan dan kawalan di semua pintu masuk sekitar Pulau Langkawi.

Timbalan Pengarah Operasinya, Kapten Maritim Zulinda Ramly berkata, kekuatan anggota juga ditambah dari semasa ke semasa dalam melaksanakan operasi selama 24 jam sehari itu.