Pengeluaran KWSP hanya langkah jangka pendek bantu rakyat - MTUC

Iklan
Datuk Abdul Halim Mansor. Foto Sumber Internet

SHAH ALAM - Keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran wang simpanan Akaun dua Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dilihat sebagai langkah jangka pendek membantu pekerja yang terjejas kerana Perintah Kawalan Pergerakan.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor berkata, langkah tersebut memberi kelegaan kepada pekerja terbabit bagi memastikan keluarga mereka mempunyai keperluan harian mencukupi sepanjang tempoh mengekang penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, pengeluaran simpanan RM500 sebulan sehingga 12 bulan itu mencetuskan kegusaran kepada majikan dan pekerja apabila menjangkakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dijadualkan berakhir pada 31 Mac ini mungkin dilanjutkan.

"Kerajaan perlu telus dan jujur mengenai situasi sebenar supaya majikan dan pekerja dapat melakukan persediaan selepas 31 Mac ini. Pengumuman itu seolah-olah tempoh kawalan pergerakan akan melebihi enam bulan.

Iklan

"Ini berikutan rancangan pengurangan pemotongan sebanyak empat peratus caruman pekerja dan pengeluaran lestari sebanyak RM500 sebulan dalam masa 12 bulan," katanya.

Abdul Halim berkata, kerajaan tidak seharusnya bergantung kepada majikan dan pekerja tetapi perlu menyediakan pakej bantuan rakyat.

Iklan

"Bantuan tersebut seperti penangguhan ansuran bayaran rumah, kereta, pinjaman, pengurangan bayaran bil elektrik dan air serta cukai.

"MTUC sentiasa bersama kerajaan dalam mengambil tindakan yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara dan mahu kerajaan telus dalam tindakan yang diwartakan untuk kepentingan bersama," katanya.