JAKARTA - Indonesia menjadikan Wisma Atlet Kemayoran, yang pernah menjadi Perkampungan Sukan Asia 2018, sebagai hospital sementara untuk pesakit koronavirus (Covid-19).
"Wisma Atlet ini memiliki kapasiti memuatkan 24,000 orang (pesakit), dan saat ini sedang disiapkan untuk pesakit, doktor, para petugas kesihatan dan pengurusan," kata Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi), yang meninjau hospital itu hari ni.
Iklan
Iklan
"Video lawatan presiden itu dikongsi di youtube Sekretariat Presiden. Boleh beroperasi petang ini, tapi berharap tidak digunakan, maksudnya tak berlaku ramai pesakit," kata Jokowi.
Menurut Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, dikhuatiri lebih 600,00 warga Indonesia berisiko positif virus Covid-19.
Katanya, jumlah kes positif boleh atau berkemungkinan meningkat drastik berdasarkan"contact tracing" mereka yang positif dengan orang sekitar mereka sebelum ini.
Berdasarkan data hari ini, Achmad berkata 65 kes positif baharu dilaporkan, menjadikan kes positif setakat ini berjumlah 579, berbanding 514 kes semalam.
"Satu lagi kematian dicatatkan berlaku hari ini, menjadikan jumlah kematian akibat virus itu, kini seramai 49 kes," katanya.-Bernama