Anak kesal bapa difitnah buat laporan polis

Iklan
Mesej tular mengenai yang dikatakan dijangkiti Covid-19.

LIPIS - Sebuah keluarga di Kampung Melaka, Kechau di sini kesal berikutan tular mesej palsu di aplikasi WhatsApp beberapa hari lalu yang mendakwa bapa mereka dijangkiti koronavirus (Covid-19).

Anak mangsa, Wan Mohamad Adib Wan Harun, 38 mendakwa mesej itu diterima pada 21 Mac lalu mengakibatkan bapanya, Wan Harun Wan Ahmad,73, kini trauma kerana menjadi tumpuan penduduk setempat.

Iklan
Iklan

"Kami pelik dan kenapa ayah saya dituduh sedemikian sedangkan sudah terbukti dia tidak memiliki sebarang komplikasi dan dijangkiti Covid-19.

"Apa motif individu yang menyebarkan mesej itu sehingga ayah saya terpaksa berdepan situasi ini," kata anak ketiga daripada 10 beradik itu lagi.

Iklan

Lebih menyedihkan, Wan Mohamad Adib berkata, mesej tersebut bukan sahaja mendakwa bapanya tidak bekerjasama dengan pihak hospital malah anak turut menyembunyikannya.

"Dalam mesej itu juga menyatakan ayah saya pergi ke perhimpunan tabligh di Sri Petaling, Sungai Besi... sedangkan ayah langsung tidak pergi ke perhimpunan itu selain dikatakan tidak memberikan kerjasama kepada pihak polis," ujarnya.

Iklan

Justeru Wan Mohamad Adib membuat satu laporan polis dibuat di Balai Polis Padang Tengku di sini hari ini.

Tambahnya, bapanya juga telah membuat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Padang Tengku semalam dan disahkan tidak mempunyai sebarang simptom virus terbabit selain tidak hadir ke perhimpunan itu serta tiada kontak dengan kes yang positif Covid-19.

"Saya juga berharap orang ramai jangan mudah percaya dengan fitnah yang boleh membawa padah, tak tahu jangan sebar," katanya.

Sementara itu,Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor mengesahkan menerima laporan terbabit dan siasatan lanjut akan dijalankan.