Covid-19: Feri ke tanah besar Sabah, Sarawak dihentikan

Iklan
Feri Shuttle Hope, salah sebuah feri Ro-Ro yang beroperasi membawa penumpang serta kenderaan bagi perjalanan Labuan-Brunei-Labuan. -Foto Bernama

LABUAN - Perkhidmatan pengangkutan awam laut iaitu feri penumpang dan bot laju ke tanah besar Sabah dan Sarawak dari Labuan dihentikan mulai hari ini sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 31 Mac.

Penumpang yang merancang untuk ke Kota Kinabalu, Menumbok dan Sipitang di Sabah serta Limbang dan Lawas di Sarawak melalui Terminal Feri Antarabangsa Labuan diingatkan agar mengikuti pelayaran feri kenderaan (Feri Ro-Ro).

Iklan
Iklan

Jadual pelayaran feri kenderaan juga dikurangkan kepada satu trip untuk empat feri yang beroperasi dari Labuan - Menumbok - Labuan berbanding tiga trip sebelum ini.

Arahan terbaru itu dikeluarkan Jabatan Laut Malaysia Labuan kepada pengusaha feri Jutabonus Development Sdn Bhd yang mengendalikan Feri Galaxy dan Labuan Mainland Link Sdn Bhd dengan tiga ferinya iaitu Kimanis 1, Putrajaya 1 dan Goodwill Star.

Iklan

Pengarahnya, Benjamin Bernard Bijion memberitahu Bernama bahawa penjadualan pergerakan feri dan penghentian perkhidmatan pengangkutan laut penumpang adalah selaras dengan PKP yang bermula 18 hingga 31 Mac bagi membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Benjamin berkata, arahan penjadualan pelayaran itu telah dibincangkan dengan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah serta LDA Holding.

"Kesemua operator feri dikehendaki mengikut jadual pelayaran baharu ini bermula esok (24 Mac),” katanya. -Bernama

Iklan