Prasarana ingatkan pengguna kekalkan penjarakkan sosial

Iklan
Notis peringatan penjarakan sosial untuk didik pengguna langkah keselamatan bagi membendung jangkitan Covid-19.

KUALA LUMPUR - Syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) meningkatkan kesedaran awam berhubung kepentingan penjarakkan sosial kepada pengguna perkhidmatannya.

Menerusi Facebook Warna Prasarana, beberapa keping gambar dilampirkan notis jarak sosial yang perlu dipatuhi pengguna termasuk tempat duduk ketika menunggu perkhidmatan seperti Aliran Transit Ringan (LRT), monorel dan Transit Aliran Massa (MRT) kendalian Rapid KL.

Iklan
Iklan

"Sila patuhi jarak sosial ketika menggunakan pengangkutan awam. Bersama Prasarana kita cegah Covid-19," katanya.

Setakat semalam, Malaysia mencatatkan 1,518 kes dengan jumlah 14 kematian.

Iklan

Dalam perkembangan berasingan, Prasarana memaklumkan akan mengehadkan pergerakan melalui penstrukturan semula kekerapan jadual perjalanan perkhidmatannya bermula esok.

Pengguna duduk dengan jarak semeter sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19.

"Perkhidmatan bas Rapid, LRT, MRT dan monorel akan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 10 pagi dan disambung semula pada jam 5 petang hingga 10 malam dengan kekerapan antara 10 minit dan 30 minit pada Isnin hingga Jumaat.

Iklan

"Sementara pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, perkhidmatannya bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi dan 5 petang hingga 10 malam dengan kekerapan 30 minit," memetik kenyataan itu semalam.

Katanya, pengguna diminta mengatur perjalanan sebaiknya dan mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa di sosial media Prasarana @myrapid.

Jadual perjalanan perkhidmatan bermula esok

1- LRT, MRT and monorel

Isnin-Jumaat:

• 6 pagi – 7 pagi: kekerapan 30 minit

• 7 pagi – 9 pagi: kekerapan 10 minit

• 9 pagi – 10 pagi: kekerapan 30 minit

• 5 petang – 7 petang: kekerapan 10 minit

• 7 petang – 10 malam: kekerapan 30 minit

Sabtu, Ahad, cuti umum

• 6 pagi – 10 pagi: 30 minit

• 5 petang – 10 malam: 30 minit

2- Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan, Rapid Kamunting (6 pagi-10 pagi) ( 5 petang-10 malam)

3 - Feri Pulau Pinang, kekerapan setiap sejam (6 pagi-10 pagi) ( 5 petang-10 malam)