KOTA BHARU - Seramai 87 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk tiga wanita dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun ditahan Jabatan Imigresen (JIM) Kelantan dalam Ops Mega 3.0 hari ini.
Ketua Bahagian Penguat kuasa JIM Kelantan, Ruzaana Mohamed berkata, kesemua yang berusia antara 3 hingga 51 tahun itu ditahan di sebuah tapak pembinaan di Bachok dalam serbuan bermula 11.30 pagi.