KUANTAN - Seorang penunggang motosikal ditahan selepas merempuh sekatan jalan raya Ops Covid-19 di Jalan Pekan-Kuantan, Pekan pagi tadi.
Dalam kejadian jam 7 pagi itu, suspek berusia 25 tahun dari Taman Pelangkah, Pekan terus memecut dari arah Pekan ke Kuantan dengan melanggar papan tanda sekatan menyebabkan papan sekata itu terpelanting dan terkena cermin kenderaan polis hingga pecah.
Iklan
Iklan
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh@Mohamad Daud berkata, suspek yang menunggang motosikal jenis Kawasaki RR150 bagaimanapun cuba melarikan diri sebelum dikejar, namun berjaya ditahan di kawasan Ubai.
"Kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada anggota polis bertugas," katanya.
Katanya, suspek kemudian ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.