MBI giat kerja-kerja disinfeksi, pembersihan

Iklan
Kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan sedang giat dijalankan oleh MBI di taman permainan bagi mengekang penyebaran wabak Covid-19.

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sedang giat menjalankan kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan di sekitar kawasan bangunan milik pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

MBI dalam satu kenyataan media menjelaskan kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan itu telah bermula semalam dan dilakukan secara berterusan sehingga 31 Mac.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pembersihan itu dilakukan di pelbagai lokasi seperti di medan selera, pasar awam serta taman-taman rekreasi seliaan MBI di sekitar bandar raya ini.

"Proses disinfeksi dan pembersihan ini merupakan antara langkah diambil oleh MBI untuk memastikan tahap kebersihan serta membendung mengawal penularan wabak Covid-19 di kawasan-kawasan awam yang berisiko untuk terdedah kepada penyebaran wabak ini.

Iklan
Iklan

"Semoga usaha dan inisiatif ini dapat membantu mengawal penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara pada ketika ini," katanya dalam kenyataan tersebut.