Bapa Zur Eda meninggal dunia

Iklan
Zur Eda bersama Allahyarham bapanya, Mokhtar Mohd Noh.

BAPA kepada penyanyi Zur Eda, Mokhtar Mohd Noh, 78, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada jam 6.30 pagi hari ini.

Berita sedih itu dikongsi sendiri oleh penyanyi berusia 55 tahun itu menerusi Instagram dan turut mendoakan supaya Allahyarham bapanya tenang serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Iklan
Iklan

"Al-Fatihah buat abah. Ya ALLAH, Kau ampunkan lah segala dosa-dosa abah, Kau tempatkannya dia dalam kalangan ahli syurga. Kau angkatlah rohnya ke syurga Mu tanpa hisap.

"Moga abah tenang di sana. Abah dah tak sakit lagi," luah penyanyi yang terkenal dengan lagu Kelmarin.

Iklan

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda kira-kira jam 12 tengah hari.

Iklan