4,300 pelajar di kampus UUM selamat, terkawal: Mukhriz
Iklan
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir
SINTOK - Kira-kira 4,300 pelajar di kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini berada dalam keadaan selamat dan terkawal, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Beliau berkata, pelajar berkenaan, yang menghuni 15 kolej kediaman UUM, tidak dibenarkan pulang ke kampung masing-masing susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan koronavirus (Covid-19) yang berkuat kuasa hingga 31 Mac ini.
Iklan
Iklan
Menurutnya, bekalan makanan dan kemudahan rawatan kesihatan juga dapat diakses dengan baik di dalam kampus itu.
"Berada di kampus adalah terbaik bagi pelajar... selagi berada di (kampus) sini, saya rasa (mereka) lebih terjamin," katanya kepada Bernama dan RTM selepas menyumbangkan bekalan makanan daripada Pejabat Menteri Besar kepada pihak UUM hari ini.
Iklan
Sumbangan bernilai RM20,000 yang berupa makanan kering dan keperluan asas itu diserahkan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM Profesor Madya Dr Hendrik Lamsali.
Sementara itu, Hendrik berkata, 90 peratus pelajar yang berada di dalam kampus UUM adalah pelajar tempatan dan bakinya merupakan penuntut antarabangsa.
Iklan
"Kami mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Kesihatan dengan memastikan jabatan-jabatan kritikal seperti Pusat Kesihatan Universiti serta unit penyelenggaraan beroperasi.
"Pihak universiti juga akan memastikan pelajar mendapat makanan percuma tiga kali sehari dan berusaha memenuhi keperluan pelajar. Jadi, kami tidak nampak mengapa pelajar perlu keluar kampus," katanya.
Selain itu, UUM juga menyediakan cecair pencuci tangan pembasmi kuman serta mengadakan kempen serta rondaan berkala dengan kerap supaya pelajar peka dengan situasi semasa dan memastikan keselamatan mereka. - Bernama
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam