Visa jemaah tamat tempoh boleh mohon pengecualian

Iklan
Arab Saudi mengumumkan jemaah yang visanya tamat tempoh dan mereka yang lewat meninggalkan negara itu semasa tempoh musim umrah biasa, perlu memohon pengecualian. - Foto 123RF

RIYADH - Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan jemaah yang visanya tamat tempoh dan mereka yang lewat meninggalkan negara itu semasa tempoh musim umrah biasa, perlu memohon pengecualian implikasi tindakan undang-undang dan kewangan.

Agensi berita Arab Saudi (SPA) memetik kementerian, perkara itu perlu dilakukan sebelum Sabtu, 28 Mac, melalui laman web kementerian eservices.haj.gov.sa. - Bernama

Iklan
Iklan