Covid-19: UMNO Sabah derma barangan keperluan

Iklan
Musa Aman

KOTA KINABALU - Prihatin dengan nasib penduduk Sabah yang terjejas akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19), UMNO Sabah mendermakan barangan keperluan bernilai RM1 juta.

Menurut bekas Ketua UMNO Sabah, Tan Sri Musa Aman, UMNO Sabah akan mengedarkan barangan keperluan seperti bekalan makanan, perubatan termasuklah topeng muka dan pembersih tangan tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan politik.

Iklan
Iklan

"Saya telah berbincang perkara ini dengan Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang akan menyelia agihan bekalan melalui Sekretariat UMNO negeri.

"UMNO Sabah juga akan berbincang dengan parti komponen lain seperti Parti Bersatu Rakyat Sabah, Parti Solidariti Tanah Airku dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menggabungkan sumber masing-masing bagi membantu rakyat negeri ini,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Sehingga semalam, Sabah mencatatkan bilangan jangkitan negeri ketiga tertinggi di negara ini iaitu 169 kes termasuk satu kes kematian selepas Selangor dan Kuala Lumpur/Putrajaya.

Musa yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata, pihaknya memahami ramai rakyat negeri ini terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan, namun menggesa agar perintah ini dipatuhi demi keselamatan nyawa dan kesejahteraan negara.

Iklan

"Melalui bantuan ini, diharapkan akan mengurangkan beban terutamanya mereka yang sangat-sangat memerlukan bantuan bahan makanan seperti beras, minyak masak dan gas.

"Semasa tempoh sukar ini, kita perlu mengetepikan perbezaan politik dan memberi bantuan kepada mereka yang sangat memerlukannya,” katanya.