Sarung tangan untuk petugas kesihatan

Iklan
Petugas-petugas kesihatan di Klinik Kesihatan Seksyen 19 teruja menerima sumbangan sarung tangan.

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Sebanyak 7,500 pasang sarung tangan bakal diagihkan kepada petugas kesihatan yang mengendalikan kes saringan penularan wabak koronavirus Covid-19 menerusi Tabung Bantuan Frontliners Covid-19 Sinar Harian (CovidSinar).

Penyelaras Tabung CovidSinar, Auzani Fikry berkata, pihaknya telah menerima sebanyak 750 kotak sarung tangan daripada pembekal semalam dan akan mula diagihkan kepada klinik-klinik kesihatan terbabit mengikut keperluan masing-masing.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selain sarung tangan, sebanyak 350 liter hand sanitizer dan 15 buah khemah telah mula diedarkan kepada klinik-klinik kesihatan di sekitar Selangor bermula hari ini.

"Buat masa ini, kita masih menunggu 3,000 pasang Personal Protective Equipment (PPE) yang akan diterima dalam masa beberapa hari lagi.

Iklan

"Kesemua barangan keperluan ini merupakan sumbangan daripada orang ramai yang tidak putus-putus menghulurkan bantuan menerusi Tabung CovidSinar sejak Sabtu lalu,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebanyak 750 kotak sarung tangan telah dihantar oleh pembekal di Klinik Kesihatan Seksyen 19, Shah Alam semalam dan bakal diagihkan dalam masa terdekat.

Mengulas lanjut, Auzani turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada sukarelawan Tabung CovidSinar yang membantu melancarkan pergerakan sepanjang kerja-kerja pengagihan bantuan dilakukan.

Iklan

Katanya, setiap ahli sukarelawan sentiasa diingatkan agar melakukan setiap amalan-amalan yang digariskan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini sepanjang mereka berada di kawasan klinik kesihatan.

"Kami turut berterima kasih kepada Klinik Kesihatan Seksyen 19 kerana banyak memberi kerjasama dalam menjayakan misi ini terutamanya Dr Syazana Alia Sabrudin.

"Klinik Kesihatan Seksyen 19, Shah Alam ini juga bertindak sebagai pusat pengumpulan bantuan sebelum ia disalurkan ke klinik-klinik kesihatan yang lain di Selangor,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tabung CovidSinar mula agih bantuan

Tabung CovidSinar cecah RM235,000

Tujuh klinik bakal terima sumbangan pembaca Sinar Harian

Sabtu lalu, Sinar Harian mengaktifkan Tabung Bantuan Frontliners Covid-19 (CovidSinar) bagi membolehkan rakyat di negara ini tampil bersama-sama membantu barisan hadapan dalam mengumpulkan dana kelengkapan perlindungan diri dan makanan.

Setiap sumbangan daripada segenap rakyat Malaysia akan disalurkan terus kepada barisan hadapan yang memerlukan bagi meringankan beban kumpulan terbabit yang bertungkus-lumus memerangi Covid-19.

Petugas di Klinik Kesihatan Seksyen 19, Shah Alam turut menerima sumbangan makan tengahari sepanjang mereka bertugas dalam membanteras penularan wabak Covid-19.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Sinar Karangkraf bernombor 514271254025 dan sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan menerusi talian 019-6680920 (pesanan ringkas WhatsApp sahaja).

Jumlah sumbangan Tabung CovidSinar yang terkumpul sehingga jam 10 malam tadi sebanyak RM 286,869.08.