Sukan Olimpik Tokyo 2020 ditangguh

Iklan
Sukan Olimpik Tokyo 2020 ditangguh sehingga tahun depan ekoran penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang melanda dunia ketika ini.

JAWATANKUASA Olimpik Antarabangsa (IOC) secara rasmi membuat keputusan menangguhkan Sukan Olimpik Tokyo 2020 sehingga tahun depan ekoran penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang melanda dunia ketika ini.

Keputusan penangguhan temasya sukan paling berprestij di dunia itu dibuat susulan permohonan rasmi daripada Perdana Menteri Jepun, Shinzo Åbe semalam.

Iklan
Iklan

Menurut Abe, Presiden Bach telah menyatakan persetujuannya '100 peratus' untuk menangguhkan temasya Olimpik kali ini selepas mendapat tekanan daripada pelbagai pihak termasuk Kanada dan Australia yang sebelum ini membuat keputusan menarik diri.

"Kami bersetuju bahawa penangguhan (Sukan Olimpik) menjadi jalan terbaik bagi memastikan kesemua atlet berada dalam keadaan terbaik ketika beraksi selain menjamin keselamatan para penonton," kata Abe selepas mengadakan perbincangan menerusi perbualan telefon dengan Bach semalam.

Iklan

Pada masa sama, Gabenor Tokyo, Yuriko Koike memberitahu pihak media bahawa temasya itu akan dilangsungkan pada musim panas 2021 dan akan dijenamakan sebagai"Tokyo 2020”.

Sebelum ini, Bach menjelaskan, pembatalan Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak termasuk dalam agenda IOC, namun tidak menolak kemungkinan pihaknya sedang mengkaji semula senario yang berbeza untuk temasya akan datang.

Iklan

Kelmarin, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, penangguhan Sukan Olimpik 2020 yang dijadualkan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos depan adalah tindakan yang seharusnya dilakukan jika ancaman Covid-19 tidak pulih dalam beberapa minggu akan datang.