KUALA LUMPUR - Kementerian Wanita dan Keluarga memaklumkan seramai 500,000 penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima wang bantuan itu esok.
Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun dalam kenyataannya hari ini berkata, bantuan bagi bulan April yang dimasukkan 15 hari lebih awal itu melibatkan wang RM150 juta.