Saringan di Klinik Kesihatan Tawau untuk jemaah tabligh mulai esok

Iklan
Kelihatan anggota keselamatan menanyakan sesuatu kepada seorang pemandu yang menuju ke pusat bandar pada sekatan Jalan Raya di Kilometer 10 Jalan Kuhara-Jembatan Putih. -Foto Bernama

TAWAU - Jawatankuasa Teknikal Bencana Daerah Tawau akan menyediakan khemah khas bagi memudahkan jemaah tabligh di daerah itu menjalani saringan kesihatan koronavirus (Covid-19) di Klinik Kesihatan Tawau selama dua hari mulai esok.

Pengerusinya, Datuk Dr Ir Amrullah Kamal yang juga Presiden Majlis Perbandaran Tawau berkata, saringan kesihatan itu dibuat bagi menggalakkan lebih ramai anggota jemaah tabligh di daerah itu tampil melakukan saringan kesihatan bagi mengetahui sama ada mereka bebas daripada jangkitan Covid-19 atau sebaliknya.

Iklan
Iklan

"Saringan kesihatan ini akan diadakan selama dua hari mulai esok bermula jam 8 pagi hingga 5 petang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Justeru, Amrullah menggesa semua jemaah tabligh yang masih belum membuat saringan kesihatan agar mengambil inisiatif itu bagi membolehkan petugas klinik kesihatan terbabit membuat pemeriksaan lanjut.

Iklan
Iklan

Untuk maklumat lanjut, jemaah tabligh Tawau boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) Tawau di talian 016 - 618 4959. - Bernama