MOSCOW- Jumlah orang yang dijangkiti koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia kini melebihi 372,000 dan lebih 16,000 nyawa terkorban, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
WHO dalam laporan hariannya mengatakan jumlah kes mencecah 372,757, kebanyakan dicatatkan di Eropah - lebih 195,000 kes.
Iklan
Iklan
Jumlah kematian di peringkat global pula sebanyak 16,231 orang, menyaksikan lebih 10,000 kematian di rantau Eropah.
Kes dan kematian paling sedikit dicatatkan di Afrika: 1,305 jangkitan dan 26 kematian, lapor agensi berita Sputnik.
Sejak 24 jam lalu, kes jangkitan pertama dilaporkan di Myanmar, Belize, Dominica dan Libya.- Bernama