Risiko Covid-19 dalam bekalan air adalah rendah

Iklan
Shuhaimi Kamaralzaman

KUALA LUMPUR - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menasihati pelanggan supaya tidak khuatir dengan penularan koronavirus (Covid-19) membabitkan bekalan air kerana risikonya sangat rendah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shuhaimi Kamaralzaman berkata, klorin yang didoskan dalam proses rawatan air merupakan agen pembunuh kepada bakteria, mikroorganisma dan virus.

Iklan
Iklan

"Pelanggan Air Selangor dinasihatkan tidak panik dalam keadaan genting ini dan kami akan berusaha bagi memastikan bekalan air bersih dapat disalurkan tanpa sebarang gangguan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Shuhaimi berkata, Air Selangor turut menghentikan sementara perkhidmatan pembacaan meter dan permohonan baharu bekalan air bermula 19 hingga 31 Mac ini bagi mengurangkan risiko pendedahan kepada warga kerja Air Selangor yang berada di lapangan.

Iklan

"Dalam tempoh perintah ini, pelanggan akan menerima bil anggaran.

"Selain itu, semua kaunter perkhidmatan kami turut ditutup sementara waktu dan pelanggan digalakkan untuk menjalankan segala urusan serta transaksi secara atas talian melalui sistem e-billing atau aplikasi Air Selangor," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Shuhaimi berkata, Air Selangor bersedia jika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan dan semua ketua jabatan meneruskan langkah berjaga-jaga serta merancang kontigensi bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Kami juga telah membentuk satu pasukan khas bertujuan berkongsi maklumat terkini Covid-19 dari masa ke semasa," katanya.