Amaran ribut petir, angin kencang bermula Jumaat ini

Iklan
Kenyataan MetMalaysia hari ini.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka bermula Jumaat ini.

MetMalaysia dalam kenyataan tersebut berkata, cuaca yang tidak menentu itu berlaku dalam jangka masa yang singkat terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman semenanjung, barat Sabah serta kawasan barat dan tengah Sarawak.

"Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 27 Mac dan berterusan sehingga pertengahan Mei ini. Permulaan fasa itu menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut yang telah bermula sejak 24 Oktober tahun lalu.

Iklan
Iklan

"Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan struktur yang tidak kukuh," kata kenyataan itu sebentar tadi.

Dalam tempoh itu juga katanya, kawasan di rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai hala yang kondusif untuk pembentukan awan ribut petir.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh tersebut dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca dikeluarkan MetMalaysia melalui laman web, aplikasi myCuaca dan media sosial.