Bahrain negara pertama guna hydroxychloroquine rawat pesakit Covid-19

Iklan
Kerajaan Bahrain antara negara pertama di dunia akan menggunakan ubat hydroxychloroquine untuk merawat pesakit koronavirus (Covid-19)

MANAMA- Kerajaan Bahrain antara negara pertama di dunia akan menggunakan ubat hydroxychloroquine untuk merawat pesakit koronavirus (Covid-19), kata Pengerusi Majlis Tertinggi Kesihatan, Leftenan Jeneral Dr Shaikh Mohamed bin Abdullah Al Khalifa.

Dr Shaikh Mohamed merangkap Ketua Pasukan Petugas Kebangsaan untuk membanteras Covid-19 mendedahkan perkara itu pada Selasa, lapor agensi Berita Bahrain (BNA).

Iklan
Iklan

Ubat itu dilaporkan berpotensi untuk merawat gejala disebabkan virus Covid-19.

Bahrain telah menggunakan ubat itu pada 26 Februari, selepas kes pertama Covid-19 dilaporkan pada 24 Februari.

Iklan
Iklan

Hydroxychloroquine digunakan sebagai ubat mencegah dan merawat penyakit malaria, diskoid dan artritis reumatoid.-Bernama