10 tan sayur percuma

Iklan
Pengusaha pasar borong Kuantan sibuk membungkus sayur di dalam beg plastik untuk diagihkah kepada warga Kuantan.

Sebanyak 10 tan sayur pelbagai jenis disediakan secara percuma kepada penduduk Kuantan yang berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumbangan daripada 52 pengusaha pasar borong itu diagihkan di Pasar Borong Kuantan bermula jam 6 hingga 8 pagi manakala selebihnya diedarkan ke kawasan perumahan kos rendah dan Flat Pak Mahat.

Iklan
Iklan