WARSAW - POLAND. Seorang datuk bandar yang cedera parah akibat ditikam ketika menghadiri acara amal terbesar di Poland dilaporkan meninggal dunia di hospital.
Datuk Bandar Gdansk, Pawel Adamowicz, 53, diserang di hadapan ratusan tetamu, ketika berada di atas pentas dalam majlis Great Orchestra of Christmas Charity, semalam.