'Orang Biru' sudah ditahan

Iklan
Noorzainy Mohd Noor

KEPALA BATAS -"Orang Biru” sudah ditahan polis di Pajak Song di sini, hari ini.

"Orang Biru”, yang juga seorang wanita warga Indonesia dalam lingkungan umur 40-an, menjadi tular dalam media sosial sejak minggu lepas hingga menimbulkan kegusaran penduduk tempatan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisiober Noorzainy Mohd Noor berkata wanita itu ditahan sepasukan polis kira-kira pukul 10.00 pagi tadi ketika merayau di kawasan berkenaan.

"Pihak kami menerima beberapa laporan polis daripada orang ramai termasuk pengusaha tadika memaklumkan seorang wanita yang mukanya berwarna biru berkeliaran berhampiran premis mereka,” katanya ketika dihubungi.

Iklan

Menurutnya wanita itu juga gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah dan soal siasat masih lagi dijalankan bagi mengetahui motif dia merayau di beberapa kawasan di Kepala Batas dalam keadaan yang mencurigakan.

Beliau berkata wanita itu akan dibawa ke mahkamah Butterworth esok untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan lanjut. - Bernama

Iklan