Pelanggan AKPK dapat tangguh bayaran selama enam bulan

Iklan
AKPK

KUALA LUMPUR - Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) memberi penangguhan pembayaran kepada semua pelanggan Program Pengurusan Kredit (PPK) selama enam bulan.

Menurut satu kenyataan, penangguhan itu berkuat kuasa April 2020 sehingga September 2020 selaras dengan pengumuman Bank Negara Malaysia semalam.

Iklan
Iklan

"Pemberian penangguhan pembayaran ini adalah automatik dan anda tidak perlu membuat sebarang permohonan,” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, AKPK menggalakkan pelanggan untuk membuat pembayaran PPK seperti biasa sekiranya mereka ingin berbuat demikian.

Iklan

"Sebarang pembayaran PPK yang diterima akan disalurkan kepada institusi-institusi kewangan yang berkenaan,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh mengisikan borang atas talian kami melalui pautan http://bit.ly/AKPKdmp2020.

Iklan