Jangan ambil mudah arahan kerajaan

Iklan
Anggota tentera membantu polis ketika mengadakan sekatan jalan raya bagi memastikan rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. - Foto Bernama - Gambar kecil: Shahaniza Shamsuddin

TEMERLOH - Rakyat diminta memandang serius terhadap keputusan kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April ini.

Exco Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, walaupun beberapa kawasan masih bebas jangkitan koronavirus (Covid-19), mana-mana pihak tidak patut mengambil mudah arahan terbabit.

Iklan
Iklan

"Saya lihat ada keghairahan rakyat yang memasak, ia bagus cuma minta supaya berjimat-cermat dengan situasi ini sebab kita tidak tahu sampai bila.

"Kerajaan sudah mengambil banyak langkah, pelbagai inisiatif dan insentif tetapi dengan keadaan ekonomi semakin lemah, rakyat perlu berjimat cermat dan berhemah berbelanja," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul itu juga menyambut baik langkah lanjutan perintah tersebut demi kebaikan rakyat di negara ini bagi mengekang penularan pandemik tersebut.

"Ia juga memberikan peluang kepada rakyat untuk lebih bersedia tapi jangan sampai panik," katanya.

Iklan

Shahaniza juga meminta yang berkemampuan supaya turut sama membantu golongan kurang mampu dan terjejas sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan itu.