Bayi maut dilanggar di rumah pengasuh

Iklan
Mangsa, Aamina Inayah Mohd Hafezul, meninggal dunia di Hospital Gua Musang (HGM) selepas setengah jam menerima rawatan.

GUA MUSANG - Seorang bayi perempuan maut selepas dilanggar kereta di rumah pengasuhnya di Taman Kesedar Putra, di sini petang tadi.

Mangsa, Aamina Inayah Mohd Hafezul, setahun lima bulan, meninggal dunia di Hospital Gua Musang (HGM) selepas setengah jam menerima rawatan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Taufik Maidin berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu mengakibatkan Aamina mengalami kecederaan dalaman yang serius.

Katanya, ketika kejadian, ibu pengasuh Aamina, Che Jah Yaacob, 54, mengalih kedudukan kenderaan jenis Toyota Fortuner, ke dalam garaj di hadapan rumahnya.

Iklan

"Mangsa dilanggar ketika kenderaan berkenaan diundur di mana ibu pengasuh terbabit tidak menyedari Aamina berada di luar rumah.

"Pengasuhnya, Nur Syamimi Ibrahim, 20, pula berada di dalam rumah dan tidak menyedari mangsa keluar.

Iklan

"Selepas menyedari pelanggaran itu, pengasuh terbabit keluar dan mendapati mangsa terbaring dan menangis. Mangsa segera dibawa ke hospital," katanya.

Difahamkan mangsa baharu sahaja seminggu ditinggalkan di rumah pengasuh kerana ibunya bekerja sebagai jururawat di Arab Saudi.

Bapanya pula berkhidmat di Pejabat Tanah Jajahan (PTJ) Gua Musang.