Celcom lantik Imri sebagai COO baharu

Iklan
IMRI

CELCOM Axiata Berhad (Celcom) melantik Imri Mokhtar sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) baharu bermula 1 Mei depan bagi mengukuhkan kecemerlangan operasi syarikat itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Mohamad Idham Nawawi berkata, Imri akan memimpin teknologi, transformasi digital dan beberapa fungsi korporat dalam kumpulan sokongan.

Iklan
Iklan

"Pelantikan ini sangat tepat pada masanya memandangkan kami sedang meletakkan fokus yang jelas ke arah kecemerlangan operasi dan memacu pertumbuhan melalui inovasi, pendigitalan, dan segmen perniagaan baharu,” katanya.

Imri memiliki pengalaman selama 24 tahun merupakan bekas COO di syarikat Telekom Malaysia (TM).

Iklan

Beliau juga pernah berkhidmat dengan sebuah operator TV berbayar di Malaysia pada tahun 2005.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian Kelas Pertama) dari University College London itu juga berpengalaman sebagai perunding di sebuah firma konsultansi pengurusan global.

Iklan