McDonald's Malaysia taja makanan 50 hospital seluruh negara

Iklan
McDonald's Malaysia menyampaikan sumbangan makanan kepada petugas kesihatan.

KUALA LUMPUR - McDonald's Malaysia menaja makanan untuk 50 hospital di seluruh negara secara berkala dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar berkata, penajaan makanan di hospital-hospital itu akan memanfaatkan kira-kira 15,000 petugas kesihatan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, inisiatif itu bertujuan menghargai petugas barisan hadapan yang sanggup mempertaruhkan nyawa dalam menangani Covid-19 ketika ini.

Katanya, selain hospital, McDonald's Malaysia juga membuat penghantaran makanan secara berkala kepada petugas barisan hadapan lain seperti anggota polis dan tentera di seluruh negara.

Iklan

"Menyumbang kepada komuniti di sekitar lokasi kami beroperasi adalah sebahagian daripada nilai teras McDonald’s Malaysia.

"Ini adalah sumbangan kecil kami bagi membolehkan kita mengharungi masa sukar ini bersama-sama, sebagai rakyat Malaysia,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Iklan

Beliau berkata, pihaknya juga telah memulakan kempen mengajak rakyat Malaysia bersatu padu semasa tempoh perintah kawalan pergerakan.

Katanya, melalui konsep #KitaBoleh yang dilaksanakan pihaknya melalui media sosial, ia bertujuan mengukuhkan semangat perpaduan dan perjuangan rakyat Malaysia dalam menghadapi saat-saat sukar.

"#KitaBoleh juga secara langsung mengenengahkan pengorbanan para petugas barisan hadapan yang terus bertungkus-lumus bekerja ketika rakyat Malaysia duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.

Pihaknya turut menghargai kakitangan McDonald’s di semua restoran di seluruh negara.

"Tak dilupa juga penunggang McDelivery yang gigih bekerja memastikan pelanggan dapat terus menikmati hidangan McDonald’s kegemaran mereka,” katanya.