KUCHING - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF) berjaya merampas beberapa jenis produk tradisional Cina yang tidak berdaftar bernilai RM7.4 juta, di sini.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata rampasan itu dilakukan dalam satu serbuan di gudang penyimpanan di sini pada 8 Januari lepas.