Covid -19: Lebih 3 bilion penduduk dunia diarah duduk di rumah

Iklan
Foto: 123RF

PARIS - Lebih tiga bilion orang diarah duduk di rumah di hampir 70 negara serta wilayah ketika kebanyakan negara di dunia kini berjuang membanteras pandemik Covid-19.

Antaranya Argentina, Britain, Perancis, India dan Itali serta Amerika Syarikat. Terdapat juga negara mengkuatkuasakan perintah berkurung,"lockdown" dan kuarantin.

Iklan
Iklan

Panama semalam menjadi negara terkini mengisytiharkan 'lockdown' manakala Afrika Selatan menguatkuasakan langkah sama selama 21 hari bermula hari ini.

Di kebanyakan negara, operasi beberapa sektor penting dibenarkan dan rakyat masih boleh keluar membeli barang keperluan dan mendapatkan rawatan perubatan.

Iklan

Sekurang-kurangnya tujuh negara atau wilayah, merangkumi 416 juta orang termasuk Iran, Jerman dan Kanada, menggesa penduduknya duduk di rumah namun bukan secara mandatori.

Rusia, mengisytiharkan minggu depan sebagai minggu tidak bekerja.

Iklan

Sekurang-kurangnya 18 negara atau wilayah, dengan lebih 300 juta penduduk, termasuk Chile, Mesir, Ivory Coast dan Serbia mengenakan perintah berkurung.

Di Ecuador perintah berkurung bermula pukul 5 pagi dan 2 petang setiap hari.

Kinshasa, Riyadh, Baku, Congo, Arab Saudi dan Azerbaijan masing-masing menutup pintu keluar dan masuk.

Pandemik Covid-19 yang menjejaskan sebahagian negara di dunia itu telah meragut lebih 20,000 nyawa, kebanyakannya di Eropah, mencecah 1,700 orang pada Rabu.

Sebanyak 20,334 kematian dilaporkan dengan 13,581 kes di Eropah.

Itali mencatatkan 7,503 kematian, diikuti Sepanyol 3,434 dan China 3,281, negara pertama virus maut itu dikesan. - Bernama