Lagi berita palsu Covid-19 tular

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Berikut senarai penafian berita tular di sosial media oleh agensi-agensi bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini.

Kementerian Kesihatan nafi mengeluarkan sebarang Standard Operasi Prosedur pembelian barangan keperluan harian sepanjang musim Covid-19.

Iklan
Iklan

Hospital Kluang nafi fasiliti hospital lama digunakan bagi menempatkan pesakit-pesakit bukan Covid-19 dari Hospital Kluang yang baharu.

Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor nafi keadaan wabak Covid-19 di Kuala Selangor semakin parah seperti didakwa satu kenyataan yang dikeluarkan di Mukim Tanjong Karang. - Bernama

Iklan
Iklan