Bakal jemaah umrah digesa tidak batal tempahan - PAPUH

Iklan
Razali Sham

SHAH ALAM - Bakal jemaah yang sudah membeli pakej umrah daripada agensi umrah digesa tidak membatalkan tempahan, sebaliknya terus menghubungi agensi terbabit bagi menyusun semula tarikh penerbangan mereka.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Sham berkata, ini kerana pihaknya telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan mereka terlibat seperti syarikat penerbangan yang mempunyai perjalanan terus ke Arab Saudi.

Iklan
Iklan

"Hasil dari perbincangan ini, syarikat penerbangan telah bersetuju untuk memberikan kelonggaran dengan memberikan kemudahan untuk penjadualan semula tarikh penerbangan yang baharu.

"Februari lepas, Kerajaan Arab Saudi telah menggantung sementara pengeluaran visa (umrah dan pelancong) kepada rakyat Malaysia yang akhirnya telah menutup kemasukan jemaah umrah dari seluruh dunia ketika ini.

"Kami berpandangan penggantungan ini langkah terbaik yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan Arab Saudi bagi membendung penularan Covid-19 menjelang musim haji akan datang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Sah Malaysia antara 25 negara digantung visa umrah

Iklan

Razali berkata, penggantungan yang dikeluarkan oleh Arab Saudi itu melibatkan tidak kurang daripada 50,000 jemaah umrah Malaysia yang terpaksa menangguhkan hasrat mereka untuk mengerjakan ibadat umrah.

Katanya, penggantungan tersebut telah memberi kesan yang sangat hebat kepada ahli PAPUH.

Iklan

"Daripada data yang kami peroleh, tidak kurang daripada RM300 juta kerugian terpaksa ditanggung oleh ahli kami. Kerugian ini disebabkan bayaran yang telah dibuat terhadap hotel penginapan, tiket penerbangan dan bayaran kepada pengendali di Arab Saudi yang mana bayaran ini tidak dikembalikan oleh pihak mereka.

"Kami menjangkakan dengan perkembangan Covid-19 ketika ini, ia akan melibatkan semua pakej sehingga bulan Ramadan nanti. Namun begitu kami berharap agar keadaan ini berubah menjelang musim haji pada Julai nanti," katanya.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Setiausaha Kehormat PAPUH di talian 019 2157116.