Tabung CovidSinar rayu kerjasama pengeluar, pembekal

Iklan
Sebanyak 1,000 pasang PPE diterima hasil sumbang rakyat Malaysia menerusi Tabung CovidSinar semalam.

SHAH ALAM – Tabung Bantuan Frontliners Covid-19 Sinar Harian (CovidSinar) mengharapkan pihak pengeluar dan juga pembekal barangan keperluan petugas kesihatan dapat terus memberikan kerjasama dalam membantu menyediakan peralatan diperlukan.

Penyelaras Tabung CovidSinar, Auzani Fikry berkata, sehingga kini pihaknya masih memerlukan tiga keperluan penting iaitu Personal Protective Equipment (PPE), ‘boots cover’ dan juga ‘infrared thermometer’ bagi memastikan petugas kesihatan dapat melakukan kerja saringan wabak koronavirus (Covid-19) dengan selamat.

Iklan
Iklan

"Buat masa ini kami telah menerima sebanyak 1,000 PPE dan ‘hand sanitizer’. Bagaimanapun, jumlahnya masih belum mencukupi terutamanya untuk diagihkan di klinik kesihatan yang berada di zon merah.

"Jadi kami mengharapkan pengeluar dan pembekal dapat terus memberi kerjasama bagi memastikan keperluan itu dapat disalurkan dengan segera kepada klinik kesihatan terbabit,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan

Sabtu lalu, Sinar Harian mengaktifkan CovidSinar bagi membolehkan rakyat di negara ini tampil bersama-sama membantu barisan hadapan dalam mengumpulkan dana kelengkapan perlindungan diri dan makanan.

Usaha tersebut juga bertujuan meringankan beban kumpulan terbabit dalam memerangi Covid-19 dan setiap sumbangan daripada segenap rakyat Malaysia akan disalurkan terus kepada barisan hadapan yang memerlukan.

Iklan

Jumlah kutipan Tabung CovidSinar sehingga jam 9.30 malam tadi adalah sebanyak RM321,079.95 #sinaruntukfrontlinerscovid, #rakyatbanturakyat, #kitalahmalaysia.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Sinar Karangkraf bernombor 514271254025 dan sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan menerusi talian 016-6680920 (pesanan ringkas WhatsApp sahaja).