225 rakyat Malaysia dari Bangladesh selamat tiba hari ini

Iklan
Seramai 225 rakyat Malaysia dari Bangladesh selamat tiba di KLIA jam 5.46 pagi hari ini. (Gambar kecil:Kamarudin Jaffar)

PUTRAJAYA - Seramai 225 rakyat Malaysia dari Bangladesh selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 5.46 pagi hari ini.

Pengerusi Pasukan Petugas Covid-19 Kementerian Luar, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, kesemua mereka dibawa pulang melalui penerbangan sewa khas Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) tajaan MIC.

Iklan
Iklan

"Mereka yang dibawa pulang terdiri daripada 130 pelajar, 55 pegawai dari Hospital Medan Malaysia di Cox's Bazar, 35 orang ekspatriat dan lima orang tanggungan pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka.

"Kesemua mereka telah menjalani proses saringan kesihatan di KLIA dan perlu menjalani proses kuarantin selama 14 hari sebagaimana ditetapkan Kementerian Kesihatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan
Iklan