Hasil madu kelulut hingga 10 kg sebulan

Iklan
Nor Adnan meninjau sarang kelulut milikinya di Kampung Cherok Paloh.

KUANTAN - Tiada siapa menyangka, seorang lelaki berusia 53 tahun mampu menjadi pembekal makanan apabila dia menceburi projek ternakan madu kelulut dalam kebun kelapa di Kampung Cherok Paloh, beberapa tahun lalu.

Tanpa pengalaman luas Nor Adnan Mohd Nor, 53, penternak kelulut ini sudah memiliki 20 unit sarang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pada peringkat permulaan, dia tidak malu mendapatkan ilmu daripada rakannya yang sudah menceburi bidang itu.

"Saya belajar secara berperingkat selama beberapa bulan untuk memastikan hasil seperti hari ini.

Sebahagian daripada 20 unit sarang kelulut milik Nor Adnan di Kampung Cherok Paloh.

Iklan

"Selepas dua tahun saya berpuas hati apabila berjaya mengumpul dua hingga 10 kilogram (kg) madu setiap bulan,” katanya.

Bapa kepada enam cahayamata itu berkata, menternak kelulut merupakan aktiviti paling mudah dan ringkas.

Iklan

Jelasnya, ini kerana ia tidak perlu diberi makan dan minuman, penjagaan hanya membabitkan serangan serangga seperti semut, tebuan dan cicak.

"Jadi, pokok bunga perlu banyak ditanam termasuk bunga kelapa menjadi sumber utama kelulut menghasilkan madu sepanjang masa.

"Tapi musim hujan yang berpanjangan menyebabkan pengeluaran madu menurun. Pada waktu itu terpaksalah pasrah apabila hasilnya tidak banyak,” katanya.

Dalam pada itu, Nor Adnan berkata, prosea memungut madu dilakukan setiap minggu menggunakan mesin penyedut.

Katanya, madu akan masukan ke dalam botol beberapa saiz sebelum dijual kepada pengguna sebagai penawar beberapa penyakit seperti batuk dan asma selain sebagai makanan kesihatan.

"Permintaan yang menggalakkan terhadap madu kelulut membuka peluang kepada saya meningkatkan lagi projek ternakan kelulut yang memerlukan modal besar bagi mendapat sarang serangan berkenaan.

"Saya membeli sarang kelulut dengan harga antara RM400 hingga RM600 seunit bergantung kepada saiz dan spesies kelulut," katanya.