100,000 topeng muka diedarkan kepada pasukan barisan hadapan
Iklan
Selvakumar (kiri) menyampaikan sumbangan topeng muka kepada wakil Jabatan Imigresen
BUKIT MERTAJAM - Sebanyak 100,000 topeng muka diagihkan kepada pegawai dan anggota barisan hadapan yang berusaha membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19) di negeri ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Shan Poornam Sdn Bhd, Datuk S Selvakumar berkata, bekalan daripada China itu disediakan khas untuk mereka bagi memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat di negeri ini terjaga.
Iklan
Iklan
Menurutnya, menyedari bekalan topeng muka sukar didapati di pasaran ketika ini beliau menghubungi rakan perniagaannya di China bagi mendapatkan keperluan itu sebelum kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) minggu lalu.
"Kita menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang berada di barisan hadapan dalam menangani penularan wabak ini dan atas rasa tanggungjawab kami menyumbang sebanyak 100,000 topeng muka untuk mereka sepanjang bertugas.
Selvakumar (tengah) bergambar bersama penerima sumbangan topeng muka.
Iklan
"Mereka ini wira negara kerana sanggup mempertaruhkan nyawa dan mengorbankan masa serta tenaga dalam menangani wabak yang sedang melanda negara," katanya ketika ditemui media selepas majlis penyerahan topeng muka di perkarangan pejabat syarikat berkenaan di Juru, hari ini.
Antara yang menerima sumbangan topeng muka berkenaan Hospital Seberang Jaya, Hospital Kulim, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Majlis Bandaraya Seberang Perai.
Iklan
Turut diberikan kepada Jabatan Alam Sekitar, petugas media dan beberapa pertubuhan kebajikan.
Selvakumar berkata, pihaknya juga telah menempah sejumlah kelengkapan set perubatan kritikal dan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) untuk diberikan kepada beberapa hospital dalam masa terdekat.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam