WHO puas hati langkah Malaysia tangani Covid-19: Noor Hisham

Iklan
Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berpuas hati dengan langkah Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menangani wabak Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkara itu diutarakan WHO dalam pertemuan dengan kementeriannya hari ini.

Iklan
Iklan

"Mereka puas hati dengan apa yang kita ada," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, KKM memaklumkan langkah yang telah diambil antaranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktiviti pengesanan kontak, melakukan ujian saringan, kuarantin dan rawatan terhadap pesakit Covid-19.

Iklan

"Kita ada kumpulan sasaran kita iaitu tabligh, pendatang tanpa izin, pelarian Rohingya dan sebagainya yang hadir dalam perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling baru-baru ini," katanya.

Katanya, dalam pertemuan itu, WHO turut didedah dengan kepakaran petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19 selain kesiapsiagaan barisan hadapan mendepani wabak itu.

Iklan