Kayveas mengaku sekadar hiasan dalam BN

Iklan
Tan Sri M Kayveas. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

CAMERON HIGHLANDS - Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP) mendakwa hanya dipergunakan sepanjang bersama BN.

Presidennya, Tan Sri M Kayveas berkata, partinya dikhianati BN dalam agihan kerusi ketika PRU14 lalu.

Iklan
Iklan

"Saya sanggup tolong BN tanpa apa-apa (balasan), lama saya setia kepada BN tapi pada saat akhir kita lihat BN tak setia kepada kita.

"Ini adalah kesetiaan sebelah pihak. Saya jadi hiasan sahaja. Lama baru kami sedar bahawa kami digunakan sepenuhnya oleh tiga parti besar dalam BN," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Iklan

MyPPP diberikan kerusi Parlimen Segambut pada PRU14 lalu namun tewas kepada DAP dan mengumumkan keluar BN.

Beliau menegaskan tidak menyesal dengan keputusan itu.

Iklan

"Saya tak menyesal keluar BN. Kami bekerja di lima kerusi bahagian kami untuk PRU14 tapi kami tidak diberitahu kerusi itu telah diberi kepada parti lain.

"Tak ada mesyuarat dipanggil untuk pengagihan kerusi. Kami sepatutnya dapat lima kerusi, 'nothing'!

"Datuk Seri Najib (Razak), (Datuk Seri) Tengku Adnan Tengku Mansor, (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi masih ada, boleh tanya bila kami dipanggil untuk mesyuarat itu? Pertama kali mereka langgar tradisi dengan tiada mesyuarat," katanya.

Mengulas soal tindakannya menarik diri pada hari penamaan calon dan mengumumkan sokongan kepada PH, Kayveas berkata, tindakan tersebut dibuat selepas berfikir serta mengambil kira pelbagai faktor termasuk larangan penggunaan logo parti.