GEORGETOWN - Tujuh lelaki ditahan selepas didapati bermain bola sepak dan berjoging di padang Jalan DS Ramanathan, Pulau Tikus di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kesemua ditahan pada jam 6.10 petang ketika sepasukan polis membuat pemantauan susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dilaksanakan.
Iklan
Iklan
"Enam lelaki tersebut didapati sedang bermain bola sepak manakala seorang lagi sedang berjogging dan mereka dibawa ke Balai Polis Pulau Tikus.
"Pemeriksaan mendapati, tiada apa-apa barang yang dibawa yang menyalahi unang-undang," katanya ketika dihubungi tadi.
Menurutnya,, mereka ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan dan dipercayai melakukan perbuatan yang boleh merebakkan jangkitan penyakit berbahaya,
"Permohonan perintah tahanan reman terhadap kesemua lelaki berusia 23 hingga 56 tahun itu akan dilakukan esok.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2020," katanya.