SHAH ALAM - Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak disia-siakan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk membuat cabaran #stayathomechallenge.
Menerusi satu video dimuat naik di Instagram, Syed Saddiq yang berpakaian serba hitam dilihat melakukan senaman 'push up' sambil bertepuk tangan sebanyak 20 kali dalam tempoh 17 saat.
Senaman itu dibuat di bahagian lantai dipercayai dalam bilik tidurnya.
Beliau kemudian mencabar pengikutnya untuk membuat perkara sama.
"20 clap pushups in 17 seconds, can you?," tulisnya.
Cabaran Syed Saddiq itu mendapat reaksi positif daripada para pengikutnya.
Beliau juga dilihat membalas komen salah seorang pengikutnya mengatakan tidak kira tua atau muda perlu ada gaya hidup sihat.
Syed Saddiq juga menekankan amat penting untuk semua pihak sentiasa kekal sihat.