AS atasi China kes jangkitan terbanyak Covid-19

Iklan
Seramai 85,840 penduduk AS disahkan positif menjadikan negara itu memiliki bilangan jangkitan Covid-19 paling tinggi mengatasi China dan Itali.

WASHINGTON - [DIKEMASKINI] Amerika Syarikat (AS) kini mengatasi China sebagai negara dengan bilangan kes jangkitan koronavirus (Covid-19) tertinggi di dunia.

Setakat jam 12 tengah hari ini, statistik kes Covid-19 dikeluarkan Pusat Sistem Sains dan Kejuruteraan (CSSE) John Hopkins University menunjukkan 85,840 penduduk AS disahkan positif dengan angka kematian 1,126 orang.

Iklan
Iklan

Menurut laporan statistik itu, jangkitan di AS kini melebihi 4,000 kes mengatasi kes direkodkan di China, Itali dan Sepanyol, dengan di bandar raya New York sahaja merekodkan 39,140 kes jangkitan.

Angka jangkitan Covid-19 di Amerika Syarikat ternyata sudah banyak mengatasi angka terkini jangkitan keseluruhan wabak itu terhadap keseluruhan rakyat China yang mencatatkan 81, 782 kes diekori rapat negara Itali (80,589 kes).

Iklan

Keseluruhannya, statistik dikeluarkan John Hopkins University mendedahkan 532,253 orang di dunia dijangkiti pandemik berkenaan membabitkan jumlah 175 negara dengan angka tersebut dijangka bertambah dari masa ke masa.

Menurut laporan akhbar antarabangsa The Guardian, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terus dilabelkan sebagai 'gagal' menangani ketakutan seluruh rakyat AS susulan negara itu kini disahkan sebagai negara memiliki bilangan jangkitan Covid-19 paling tinggi.

Iklan

Jumlah terkini angka kematian dicatatkan oleh wabak Covid-19 di seluruh dunia adalah 24,072 dengan 122,627 pesakit kini berjaya dipulihkan semula.