KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.6 pada skala richter dilaporkan berlaku di Irian Jaya, Indonesia pada 5.36 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan pagi ini memaklumkan, gempa bumi itu berpusat 181 kilometer (km) barat dari Jayapura, Indonesia dengan kedalaman 63km.
Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama