Simpang Renggam trending di Twitter

Iklan
Simpang Renggam trending di Twitter dan antara komen netizen.

SHAH ALAM - Berikutan dua kampung di daerah Simpang Renggam, Kluang, Johor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula tengah malam tadi, perkataan Simpang Renggam kini trending di tangga teratas Twitter.

Sebanyak 19,200 ciapan sehingga jam 11 pagi ini dan jumlah tersebut terus meningkat setiap masa.

Iklan
Iklan

Netizen menggunakan nama Simpang Renggam setelah dua kampung iaitu Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid berlaku penularan wabak koronavirus (Covid-19) dengan jumlah kes sebanyak 61 kes dikesan.

Seperti mana dilaporkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, PKPD membabitkan 3,570 penduduk tempatan daripada 650 keluarga dan berkuat kuasa mulai tengah malam tadi sehingga 9 April.

Iklan

Menurutnya, dengan pelaksanaan perintah itu, semua penduduk tempatan dan pelawat yang berada di kedua-dua kawasan tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.

ARTIKEL BERKAITAN: 61 dari Simpang Renggam positif Covid-19, PKPD dilaksana

Iklan

Menerusi perkataan Simpang Renggam, rata-rata netizen tampil memberi kata-kata semangat dan motivasi, selain ada yang melahirkan rasa bimbang terhadap orang tua mereka yang berada di kawasan itu.

Netizen bernama @nrsayyidah melahirkan rasa sebak apabila memikirkan bapanya berada di kampung tersebut.

"Risaunya ayah di Simpang Renggam," ciapnya.

Kata @syazanayayanto,"Simpang Renggam bukan kawasan besar, wabak itu mudah tersebar, tidak perlu keluarkan kata-kata negatif. Simpang Renggam adalah kampung halaman saya dan kampung yang terjejas Kampung Dato’ Ibrahim Majid adalah 'rumah' saya', ibu ayah tinggal di sana."

@atifahaqilah pula berharap penduduk di Simpang Renggam terus mematuhi peraturan dan dia mendoakan semua berjalan lancar.

"Semoga baik-baik sahaja. Saya risau keadaan Johor sekarang," katanya.

Rata-rata netizen mendoakan agar penduduk Simpang Renggam terus tabah dan moga dilindungi ALLAH daripada wabak Covid-19.