Pekerja Bangladesh cedera terjun bangunan terbakar

Iklan
Kebakaran dilaporkan jam 5.49 pagi.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Bangladesh cedera di kaki selepas terjun dari tingkat atas bangunan rumah kedai yang terbakar untuk menyelamatkan diri di Jalan Changkat Bukit Bintang awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.49 pagi itu, rumah kedai yang menempatkan pekerja warga Bangladesh musnah terbakar di tingkat bawah manakala terbakar 30 peratus di tingkat atas.

Iklan
Iklan

Komander operasi, Penguasa Bomba Farah Idayu Mat Sani berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 5.49 pagi.

"Seramai 28 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, Pudu, Titiwangsa dan Keramat dikejarkan ke lokasi kejadian.

Iklan

"Anggota bomba berjaya menyelamatkan lima pekerja lelaki warganegara Bangladesh yang tinggal di bangunan rumah kedai berkenaan.

Lokasi kebakaran melibatkan rumah kedai yang dijadikan kediaman pekerja di Jalan Changkat Bukit Bintang awal pagi ini.

"Seorang daripada mereka mengalami sesak nafas dan seorang lagi cedera di kaki selepas terjun dari tingkat atas ketika menyelamatkan diri," katanya.

Iklan

Beliau berkata, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan jentera EMRS BBP Pudu manakala selebihnya dibawa ke hospital dengan ambulans.

Katanya, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 7. 44 pagi.

"Punca kebakaran masih disiasat," katanya.