MELAKA TENGAH - Kesibukan anggota keselamatan menjalankan tugas sebagai pejuang di barisan hadapan bagi menangani pandemik koronavirus (Covid-19) tidak sesekali menghalang mereka untuk menunaikan tanggungjawab kepada agama.
Melalui beberapa keping gambar yang tular sejak semalam, pasukan anggota keselamatan seperti polis dan tentera dilihat sedang mendirikan solat di satu kawasan, sekali gus memberi inspirasi kepada semua pihak bahawa seberat mana tanggungjawab yang dipikul, kewajipan sebagai orang Islam tidak harus diabaikan.